Sah???


Di sebuah rumah, sepasang pengantin akan dinikahkan.Selepas pengantin lelaki menjawab lafaz nikahnya,tok kadi pun bertanya pada wali & 2 saksi pengantin:

Tok kadi: Sah?(sambil melihat wali)
Wali : Sah tok…
Tok kadi : Saksi ,sah?
Saksi : Sah..sah
Tok kadi : sah? (sambil melihat saksi 2)
Saksi 2: Err..saya tak berapa dengar dengan jelas, rasanya lontaran suara si pengantin tak begitu mantop...emmm,pitching die lari sikit,pengantin ni tak menghayati dengan baik…punchline tak smpai..orang tetunggu2 mane tapi takde…lagi 1 rupa ade tapi kalu suara tak bagus tak guna gak..cuba sekali lagi k..nice try…
Tok kadi : Haaaaa…???

p/s: Pengaruh Akademi Fantasia lebih sangat nih

Cerpen : Kisah Seram Selepas Kematian..


Hampir setiap malam adik dia diganggu oleh roh abang dia dalam mimpi. Jadi dia berjumpa seorang bomoh di hujung kampung. Bomoh tu berkata bahawa roh abang dia tak tenteram, banyak sangat benda yang dia rindu atau barang kepunyaan dia masa hidup.

Jadi nak bagi roh abang dia aman, bomoh mencadangkan dia buat patung atau barang replika diperbuat dari kertas dan bakar di pusara abang dia. Jadi banyaklah replika harta dibuat..kereta, isteri, wang, rumah, jam tangan, PS3 dan akhirnya handset mahal yang baru dibeli olehnya sebelum mati. Selepas dibakar adiknya tidur pada belah malam tidak lagi diganggu oleh roh abang. Tiba-tiba handset adik dia berbunyi..dapat mesej dari abang dia yang sudah tiada..agak berdebar-debar dibuatnya..tertulis pesanan ringkas lalu dibaca........................................

"ADIK, CHARGERNYER MANA?"

Syahdu Di Malam Pertama...



Cerita Pengantin Malam Pertama untuk pengantin baru yang bernama Ramli. Dalam keheningam malam penuh syahdu, Ramli masuk kekamar kerana mengantuk.(kemungkinan ada juga rasa yang lain - paham-paham je lah..pengantin baru!)
Dilihat isterinya sudah berselimut dari hujung rambut ke hujung kaki.
"Malu agaknya. Maklumlah malam pertama..." bisik hati ramli.
Dimatikanya lampu dan ia pun berbaring di katil. Dicelah-celah suara kodok menyeru pasangannya, terdengar suara isteri berbisik, penuh romantis, "Buah papaya dah masak ranum, bila tupai nak datang merasa ?"
"Dah, apa cerita ni ?" tanya ramli dlm hati. Separuh malam dia terbaring berfikir. "Oh, agaknya isteri ku teringat kampung halaman.. Sian.. sampai mengigau ? Takpelah, biarlah dia tidur" bisik hatinya penuh understanding.

Malam kedua adegan yang sama cuma dialognya agak berbeza. bisik isteri "Sawah bendang dah siap dibajak, bila pak tani nak turun menyemai?" "kesiannya bini aku.. masih ngigau lagi.. aku mesti cari penawar !" ramli bertekad. Esok harinya, ramli bercerita pada ayah yang kebetulan datang untuk bertanya khabar 'pengantin baru'. "Lah.." keluh ayah ramli, "aku hantar belajar sampai Uni, benda cam ni pun kau tak paham?"
Ayahnya pun mula bercerita perihal adam & hawa, laila & majnun, romeo & juliet...(yang relevan untuk pegantin baru je!) Sepatah cakap orang putih "about the birds & the bees".
"oh. cam tu." sengih ramli, "baru saya paham. Taulah apa nak buat malam ni!"

Malam yang sangat ditunggu-tunggu ramli pun tiba...adegan sama dikamar tidur. cuma kali ini isterinya membisu seribu bahasa. "lah.. nape pulak senyap. takkan dia give up" tertanya-tanya si ramli. Setelah sekian lama tanpa suara dari isteri, ramli pun berkata, "Dah lapar betul rasanya perut, boleh tupai datang merasa?"
Malam dingin semakin sunyi.. tak jawab pun... "Kain pelikat dak disinsing rapi, boleh pak tani turun menyemai ?" pun..masih takde jawapan... ramli mencuba lagi. "Juruterbang dah siap sedia...boleh pesawat turun mendarat ?"
Sayu sekali jawaban si isteri dari bawah selimut, "Maaf tuan... Landasannya baru saje banjir...!" Moral cerita: Pada kaum lelaki - Kalau nak naik pelamin, jangan tunggu sampai cukup bulan. Nanti dah datang bulan kan rugi sendiri..

Tudung Tudung!!!

Kali ni nk citer sal tudung...la ni tudung da byk benar pehsen nyer..ader tudung yg labuh ader tudung yg singkat ader tudung yang nampak rambut n xlupa gak ader tudung yang tutup o nampak tinga jer..paling best ader yang pakai tudung jer(haha..mendalam maknanyer tuh!)..huhuhu..tp x kurang gak yang bertutup elok..sepakej dgn tudung kan kan kan..tgok pun sejuk jer..Alhamdulillah kalu g2..tp ader yg pakai tudung tapi bahagian kain lain disingkat2kan..hah cam ner tuh?Pompuan skang nih ramaai yang bertudung..xsalah tapi ramai yg lebih mengikut pehsen artis lately..kalu yg macam dlm citer nur kasih tu ok gak la.paling tidak pun ader yg ngikut cara Wardina bertudung (huh sampai ader lak tudung pehsen nama "Tudung Wardina")...tapi kalu ikut gaya bertudung pelik2 tuh camner lak? contoh k..ni contoh jer..kang ader plak yg emOsi hehehe...

Cer teka tudung aper atas pale CT tuh?


Lokasi yg paling sinonim dgn golongan pompuan nih..terutama yg berkaitan dgn tudung la kan..(sbb topik kita ni pun citer sal tudung so of coz la destinasi pelancongan kita juga berkaitan dgn tudung) Tangkak...perghhh sebut jer nama destinasi nih meleleh air liur para gadis n seangkatan dengannya termasuk la Miz El (huahuahuahua, pecah rahsia)...purata kalu beli tudung ni paling tidak pun sowang dalam 10-15lai..yelah nak mecing dgn baju2 yg sedia ader n nak ganti tudung2 yg buruk sket2 tuh..(buruk sket jer..tapi membeli nyer..haishhh mcm lupa dunia)ditambah plak kalu ader sale..huh kalu kat opis Miz El tu..pehhh mesti da kecOhnyer..tambah plak kalu bOs2 xder..kOsong semua kusi2 kat opis tuh..da mcm dilanggar garuda alkesahnyer..panas bOntot memasing nak membeli tudung nih..tu lOm citer time da beli..balik Opis jer memasing mula arr nak menunjuk n mengompare..isk isk

Dato' Siti Syahrizat...(sowiey yer..sample yg sama)


Tapi ader gak gaya bertudung yg jarang2 kita leh tgOk tapi x mustahil utk kita tertengOk..cer tgOk yg nih...kalu la u ols nampak gaya bertudung gini kan..aper yg u ols nak komen ek?

Mencintai tidak bermakna memiliki...

...Cintailah seseorang kerana kekurangannya, kerana suatu saat nanti kamu akan bahagia dengan kelebihannya…dan jangan pernah mencintai seseorang dengan kelebihannya, kerana suatu saat nanti kamu pasti kecewa ketika kamu tahu kekurangannya...

Bagaimana hari anda berlalu hari-hari tanpa cinta? hidup ini tidak dapat lari dari cinta...indahnya cinta itu bila melihat orang yang kita sayangi bahagia walau bukan dengan kita.. Kerana cinta itu bukan mempunyai kekuatan untuk melangkah jauh melihat kebahagiaan si dia..

Namun di mana hendak kamu mencari satu kekuatan untuk membenarkan rasa yang tersimpan menjadi kenyataan.. Sejauh mana lagi hendak kamu sembunyikan selaut kasih itu sedangkan hari harimu meronta satu sudut dunia yang dirimu amat menyayang akan dirinya..

Kamu merasakan seolah kamu bahagia begini, hanya memandang dalam jauh.. Melihat dalam dalam di matanya menyembunyikan getaran yang tersimpan.. Jika takut berkata cinta, simpan saja hingga hilang akan dia.. Sesalan tiada gunanya jika hanya menunggu saat kehadirannya..

Memang menyakitkan hati pabila kita jatuh cinta pada seseorang itu dan cinta kita tidak diterima, di tolak hingga luka yang pedih terasa di lubuk hati.. Tetapi amat menyakitkan hati dan terus di dalam sesalan jika cinta akan seseorang namun tiada kekuatan diri menyatakan.. Kuatkan azam membentuk satu kisah antara kamu dan dia..

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan.

Kadang kala hati kita merasakan rindu sangat pada seseorang tetapi hati kita selalu berkata kata aku takut untuk meluahkannya.. Dan kerana rindu itu tiada bertepi.. Takut akan merubah segalanya yang indah.. Amat kita takut menghadapi igauan sedangkan kita sendiri dalam samar.. Mungkin nasib diri bertuah selangit cerah.. Dan mungkin saja diri amat malang, sedalam laut hitam..

Tiada manusia yang rugi pada sesuatu yang tidak pasti.. Dia mungkin bukan jodoh kita, kita bukan matahari buatnya.. Malam indah kita bukan untuknya dakap erat dan ucap salam sejahtera serta cinta.. Kita mungkin pernah hiaskan hatinya hanya kerana dia sunyi dan mahukan teman di kala bersendiri.

Dan ingin saja kita mahu keseorangan dan bersendirian dalam mengejar mimpi indah.. Namun hakikatnya kita dalam sepi menanggis kesunyian seolah tiada langsung manusia yang bersimpati.. Dan kita terus hanyut di dalam arus yang diam.. Mencari satu wajah yang akan memiliki sekeping hati ini..

Kadang orang berkata, adakah kita tiada rasa atau perasaan.. Seolah memandang hina akan diri kita.. Dalam menjejak mimpi yang dulu hilang.. Dan sebenarnya orang itu tidak tahu.. Kita masih ada harga diri yang tinggi.. Menanti nilai cinta suci dan bukan hanya semudah menerima sesiapa saja..

~~Saya windOO kat awak~~

Cerita Ilmiah...

Pagi itu pagi yang tenang...kerbau2 berkicauan, matahari tersenyum kiut miut...dan burung2 duk diam dalam suar..hhehehehe..angin pula bertiup seperti nak tak nak ditiup.. kejap laju kejap pelan...seawal pagi juga jiran bujang ku disebelah rumah sudah memulakan konsertnya..mcm nak beku darah dlm kepala aq..tapi aq cuba bersabar sambil mengunyah cuwinggam anak aq punya..hehehe...sory Al..
Boleh tahan sedap cuwinggam nih..lantas aq amek buku to do list aq n tulis kat situ..suh Al beli banyak lagi..senarai hutang dlm to do list aq da penuh..huhuhu..
Aq bangun dari tilam melangkah ke dapur..da tiga hari tak basuh pinggan dlm sinki..baru lah demokrasi namanyer..kihkihkih..bukan aper..aq jaga kelembutan tangan aq yg halus mulus nih..kang kasar kang komplen lak boipren aq..huhuhu..lagipun sejuk tau air sinki umah aq..disamping nak jimatkan bil air..
"lalink oooo lalink..." jerit aq manja memanggil boipren aq..panggil dlm skype jer pun hehehe..mcm real jer duk serumah..boipren aq tu keje hebat kena g ober the c jer..tu yg nak kena skype jer nih....
Suasana sepi..panggilan aq x bersahut...aq berasa hairan..
"Al ooo Al..." aq memanggil anak aq..satu-satunyer anak aq..pun x bersahut gak..aq mula gelabah..eh mana pergi anak aq nih..ahhhhh sudah...ini lah cabaran yg paling aq geruni..kehilangan anak aq..mcm2 bermain di kepala aq yg cerdik nih...
Habis seluruh umah aq geladah..bawah sofa..belakang pintu..bawah tv..belakang peti ais tapi x der..abih la aq kali ni..mana anak nih..?tuhan bantulah hamba mu ini..
Terus aq berlari..meluru ke dapur .. tanpa menyapa dgn lemah lembut..aq sergah mama aq.."mama mama nampak x Al?"..mama aq terkedu mcm ilang pedoman pun ada..pelepap!!! aduhhh aper salah aq?
"hang ni mengigau apa siang2 hari nih? anak hang kan p skolah...tua2 bangka pun duk mengigau lagi..."
Terus aq merafak sembah berundur kuar dr dapur..masuk semula ke bilik peraduan...sambil menahan sakit kena penampar yg entah keberapa..hehehehe..ngigau rupanyer..aq semak semula buku to do list aq...nak make sure ader x aq tulis sal suh Al beli cuwinggum tuh..kalu xder nak kena tulih takut kempunan lak aq nanti..pehhhhh

Ni la bOipren aq yang selalu duk skype dgn aq..hehehe..jgn jeles yer

Sekiranya...

Sekiranya kamu dapati diri mu menyintai seseorg yg tak membalas cintamu,jgnlah merasa tersisih. Tiada salahnya menyintai seseorg kerana cinta tak memilih utk singgah di hati seseorg.

Sekiranya kamu di cintai oleh seseorg yg tak kamu cintai, anggaplah ia satu penghormatan buat diri mu.. tapi kembali kan penghormatan tu dgn carayg ikhlas & jujur. Jgn amik kesempatan & jgnlah melukakan.

Sekiranya kita bercinta dgn seseorg yg begitu menyintai diri kita & tiba2 cinta memilih utk pergi,tiada siapa yg harusdi persalahkan… relakanlah cinta tue pergi. Kerana setiap yg berlaku ader maksud yg t’sembunyi & kita akan menyedari apabile masa silih berganti.

Ingatlah bahawa jgn terlalu memilih cinta. Kerana cinta sendiri akan memilih utk singgah di hati sesiapa. Kamu hanya perlu menerima kehadiran cinta dgn segala misteri di dlmnya apabila ia dtg mengetuk pintu hati mu. Cinta sentiasa & selamanya akan menjadi misteri. Bersyukurlah kerana ianya pernah singgah di hati mu.. cinta itu anehh.. :)

Thanks to my dear.... :)

Memang Allah sengaja....


Memang Allah sengaja….

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan…

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA, dan meninggalkan laranganNYA. . PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hamba-NYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA.. …..

Abah..pulangkan tangan Ita...

Miz El pernah baca kisah ini di salah sebuah majalah tempatan..xpasti tp rasanya mastika kot..da jumpa balik ni saja nak share dgn kengkawan...

Ini sebuah kisah - mengundang air mata siapa sahaja yang membacanya. Setiap kali membaca kisah nie mesti bergenang air mata. Walaupun manusia memang sering melakukan kesilapan…mungkin ada kesilapan yang dilakukan boleh dimaafkan atau diperbetulkan semula..dan mungkin juga ada kesilapan yang dilakukan bakal mengundang kekesalan yang tidak berpenghujungnya. Kerana itu Allah telah memberi akal kepada setiap manusia supaya boleh menilai menimbang dan berfikir sebaik-baiknya dalam melakukan sesuatu samada baik atau sebaliknya..terlajak perahu boleh diundur..terlajak perbuatan..sesal selamanya…

Kisah Si Kecil Ita…

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya….kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik.

Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, ‘Siapa punya kerja ni?’ Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. .Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.

Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan ‘Tak tahu… !”Saya tak tahu Tuan..!

”Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?’ herdik siisteri lagi.

Bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata ‘Ita buat ayahhh.. cantik kan !’ katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.

Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.

Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.

Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut .

Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik.

Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.Menangis teresak-esak keduanya, dalam bilik.Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air.

Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.

Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah mengadu. ‘Sapukan minyak gamat tu!’ balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.

Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. ‘Ita demam… ‘ jawap pembantunya ringkas. ‘Bagi minum panadol tu,’ balas si ibu.

Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. ‘Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap’ kata majikannya itu.

Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.

‘Tiada pilihan..’ katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk.

‘Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah’ kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan.

Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakanhabis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihatkedua- dua tangannya berbalut putih.

Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah.Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata…

‘Abah.. Mama… Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.’ katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

‘Ita juga sayang Kak Narti..’ katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis…. ‘Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,’ katanya bertalu-talu.

Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..

“Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram & marah anda….”

Sebaik selesai membaca..buat sekian kali.. airmata el menitis lagi.. alya, ibu sayang alya!

Ringan dimulut TAPI berat timbanganya....



Tertarik dengan suatu kupasan menarik yang dibuatnya tentang dosa mengumpat. Ramai yang menyangka bahawa kalau kita bercerita sesuatu (hal buruk) yang benar tentang peribadi seseorang, kita tidak berdosa kerana kita hanya menceritakan hal yang sebenar, tidak berbohong. Kita juga tidak menfitnah kerana tiada unsur tokok tambah dalam cerita kita. Namun begitu, adakah islam memandang sedemikian? Ketahuilah bahawa menceritakan keburukan seseorang itu adalah termasuk salah satu dosa yang besar. Rasulullah SAW ada menjelaskan mengenai mengumpat seperti sabda yang bermaksud: "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya" (Hadis riwayat Muslim) Hadis di atas menjelaskan tentang makna mengumpat. Perkara yang dibenci di sini boleh merujuk kepada sebarang perkara yang mengaibkan atau tidak disukai oleh orang yang diumpat. Mengumpat sangat ditegah dan dibenci Allah SWT. Allah berfirman: Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.(Al-Quran, Al-Hujuraat, 12) Allah SWT mengumpamakan orang yang mengumpat seperti orang yang makan bangkai saudaranya sendiri. Begitulah hinanya orang yang mengumpat. Dosa orang yang mengumpat juga lebih dahsyat daripada berzina. Umum mengetahui zina merupakan salah satu dosa besar. Namun demikian, dosa mengumpat ini jauh lebih besar berbanding zina. Sabda Rasulullah saw bermaksud: �Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan, sesungguhnya orang yang melakukan umpatan tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat.� (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad). Begitulah besarnya dosa mengumpat. Keampunan dosanya bergantung kepada keampunan orang yang diumpatnya. Selagi kita tidak diampunnya, selagi itulah kita akan terus berdosa. Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili di akhirat, seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhanku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah berfirman: "Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui". Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Oleh itu, jagalah lidah kita daripada bahaya mengumpat. Menceritakan keburukan atau keaiban orang lain mungkin seronok kerana kita akan menjadi centre of attention kerana menjadi pembekal gosip atau cerita-cerita panas yang sensasi, yang secara lumrahnya suka didengar oleh kebanyakan manusia di bumi ini. Namun, keseronokan dan kegembiraan dunia yang sedikit ini tidak terbanding dengan azab yang bakal menanti kita di akhirat kelak....

Diari seorang student..


Catatan diari ni el dpt dr 1 blog kepunyaan seorang student....agak menarik entri yang dimasukkan sbg catatan hariannya sbg student..

Hidup sbg student ni mmg mengtensionkan..duit xdak, xsemen byk..lecturer x cun mengundang keresahan dan menambahkan ketekanan dlm diri..
Bila tensen ni mula lah tingat zaman sekolah..bila kat sekolah... tingat betapa indahnyer zaman sekolah tadika plak..ms sekolah tadika tu rasa mcm duk dlm perut lagi best..keje makan tidO je..perghhhhh..langsung xder xsemen..nanti bila da keje mesti tingat zaman blajar kat universiti...

tapi sejujurnya aku nak bgtau..buat masa skrg ni aku cuma pk nak kawen ngan buat anak je..hehehe..

Kita akan tensen .jika..


1. nampak lelaki mundar mandir sambil isap rokok
2. tgh bersesak dlm bas/komuter tetiba ada budak kecik nangis..kuat lak tu
3. nampak org jatuh tetomoih depan kita tp xleh nak pulun gelak kat dia
4. bila tgh lapaq oder makanan lak lambat siap (yg ni mmg haku hangin!)
5. dalam kuliah kita xpaham apa langsung tapi org lain paham
6. baru lepas clash pahtu nampak kapel len tgh dating
7. tgh gaduh dgn bepren tetiba kedit henpon lak bis
8. baru nak download movie tetiba tenet slow gilosssss
9. rasa mcm nak sepak org tu tapi xleh nak sepak...
10.tgh ganti posa tetiba nampak pizza terbang
11.da wat entri punya panjang..pahtu leh lupa save..huaaarrrggggggggggggggg!!!!!

cOmel tak?





Wanita Insan Pilihan Allah

Duhai Wanita Yang Inginkan Kekuatan, salam penuh kasih dan sayang yang tidak terhingga buatmu.

Izinkanlah saya melakarkan pandangan, walaupun barangkali tidak mencapai seperti yang diharapkan... Andai itulah ketentuan, maafkanlah saya yang bergelar insan kerdil yang masih lagi mencari-cari cahaya NYA.

Lebih baik saya mengucapkan terlebih dahulu, Assalammualaikum wbt buat kakak ku bernama Wanita Yang Inginkan Kekuatan. Jua tidak dilupa, adikku dan semua sahabat yang telah mendirikan rumah tangga, apa khabar sekarang ini? Semoga kita sama-sama menjalani kehidupan berumah tangga yang bahagia... Bersyukurlah kerna kita mempunyai keluarga yang bahagia namun kita tidak lupa pada yang tidak sesempurna kita namun saya yakin insan-insan yang saya maksudkan ini jiwa mereka terlalu tabah..

Wanita yang ditinggalkan suami, memang teramat pedih rasanya. Walaupun saya tidak pernah mengalami, tetapi saya boleh memerhati. Memerhatikan mereka yang bergelar ibu tunggal.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Sungguh!

Sebab itulah, Anda yang bergelar isteri, jagalah dengan sebaiknya si suami supaya tidak mencari pengganti. Pengganti yang bergelar isteri kedua, ketiga atau barangkali yang keempat...

Lumrahnya lelaki, lebih-lebih lagi yang bernama suami, amat memerlukan kasih sayang seorang isteri. Tidak mengenal tempat dan masa, mereka seringkali dahagakan kasih sayang.

Kasih sayang dari manusia bernama wanita, kerana penangan wanita terlalu hebat belaiannya. Saya berani berkata sedemikian rupa kerana saya punya ibu yang terlalu menyayangi bapa , Penangan wanita bernama Isteriku Yang Tercinta. Dialah satu-satunya. Sungguh!

Seandainya Anda adalah seorang wanita yang sudah bergelar isteri, curahkanlah kasih sayang yang tidak terhingga sebaik-baiknya agar kelak suami tidak berkeinginan menambah, apatah lagi mencari-cari pengganti.

Sememangnya kasih sayang suami isteri tiada yang dapat menandingi kehebatannya. Ini pun saya ingin katakan... Sungguh!

Tetapi sebaliknya, bila sudah tiada keserasian, kesefahaman akan ditolak ke tepi, maka perceraian terjadi. Isteri sudah tidak memahami suami, suami pula membawa diri dek terasa hati. Bercerai-berailah nanti bahtera perkahwinan kerana haluannya sudah tidak tentu hala. Nak ke barat, ke timur atau ke utara-selatan.

Masing-masing inginkan arah yang berlainan. Dengan kata mudah, nakhodanya sudah tiada, sekali ombak melanda, terburailah bahteranya, karam jadinya...

Malang bagi wanita, kerana teramat payah berenang-renang sendirian di lautan kehidupan. Bukan kerana tiada kekuatan, tetapi kerana terlalu banyak kasih sayang yang ditampung dan ingin diselamatkan.

Sebaliknya pula bagi yang lelaki, ada kala mudah sangat mencari pengganti. Lebih-lebih lagi dunia hari ini yang sedang diisi ramai wanita. Sebab itulah berbondong-bondong wanita berusaha memenangi, lebih-lebih lagi menarik perhatian lelaki. Menggadai maruah diri, bukan sedikit yang terjadi.

Usahlah marahkan saya duhai wanita-wanita yang saya kasihi kerana DIA. Sebenarnya itulah realiti yang saya perhati dan pernah alami. Nasib baik jua DIA, Tuhan Yang Maha Esa terasa kehadiranNYA di sisi, untuk saya jadikan penampan di dalam menghadapi ranjau-ranjau kehidupan.

Anda yang bernama isteri, jagalah suami dengan berhati-hati supaya tidak terlepas nanti. Maklum sajalah, Syurga bagi isteri diibaratkan terletak di kaki suami. Ooopppsss...

MasyaAllah!, terlupa pula saya pada kakak,adik yang bernama Wanita Yang Inginkan Kekuatan. Maafkanlah saya kerana telah melarat-larat jauh membuat lakaran untuk tatapan.

Realitinya, saya ingin berkongsi bicara tentang kehidupan.

Wanita Yang Inginkan Kekuatan, sememangnya bila mana diselubungi penangan dilema, haluan kehidupan sudah samar-samar kelihatan. Pelbagai persoalan berlegar-legar di fikiran, mengalami kebingungan, lalu para syaitan mulalah berperanan. Menyesatkan!

Bingung tidak tahu ke mana arah haluan kehidupan. Lalu, terkapai-kapai di tengah-tengah lautan kehidupan. Perumpamaan lain, teraba-raba di dalam kegelapan, lalu tiada kepastian.

Apakah itu yang akan terus terjadi? Bingung tak keruan?. Menyesal tak sudah? Menangis berair mata darah? Penyesalan, dan terus-terusan menyesal...

Pedih, memang pedih... Hanya mereka yang pernah mengalami akan tahu betapa peritnya merasai kesakitan begitu, bercerai, tetapi perlu tahu satu perkara..."Ujian".

Kehidupan dunia yang sedang kita lalui merupakan satu ujian. Ujian supaya kita memahami erti kesengsaraan dan kebahagiaan. Erti kesakitan dan kegembiraan, dan moga-moga dari situ nanti, akan tersingkaplah perasaan mengenainya, takut? atau redha?

Ibarat Syurga dan Neraka. Kedua-duanya tiada siapa yang pernah melihatnya, apatah lagi merasainya, kecuali bagi mereka yang ada keimanan kepada Tuhan yang maha berkuasa, Allah SWT.

Keimanan, ada kaitan dengan perasaan. Merasakan setiap masa dan ketika sebenarnya sedang ditemani, iaitu tidak berseorangan. Dikelilingi oleh para makhluk Tuhan. Lebih-lebih lagi yang bergelar Malaikat dan Syaitan. Mereka tidak boleh diperhati, tetapi boleh dirasai, oleh mereka yang ada keimanan.

Malah, bagi mereka yang mempunyai kekuatan iman sehingga memancar-mancar cahayanya, pastilah Tuhan Yang Maha Esa, Allah SWT akan memerhatikannya, malahan sampai berupaya pula mendampinginya, sehingga lebih hampir dari kerongkongannya.

Sekali lagi, ianya tidak dapat diperhati, tetapi ianya dapat dirasai. Itulah Keimanan yang dimiliki.

Sebab itulah andai tidak ingin berseorangan, peganglah keimanan ini. InsyaAllah, bantuan NYA akan muncul secara tiba-tiba, tanpa disangka-sangka.

Ketahuilah jua, bahawa DIA mempunyai segala kekuasaan untuk memberikan segala macam keajaiban... Sememangnya DIA, Allah SWT teramat-amat berkuasa di atas segala-galanya. Ini Keimanan namanya.

Redhalah atas apa yang telah berlaku, lalui kehidupan ini dengan mengharapkan bimbingan dari NYA setiap tempat dan masa. Moga-moga nanti, akan terserlahlah kejayaan di penghujung perjalanan kehidupan ini. InsyaAllah.

"Dan demi sesungguhnya, kamu tetap datang kepada Kami (pada hari kiamat) dengan bersendirian, sebagaimana Kami jadikan kamu pada mulanya dan kamu tinggalkan di belakang kamu apa yang telah kami kurniakan kepada kamu dan Kami tidak melihat berserta kamu penolong-penolong yang kamu anggap dan sifatkan bahawa mereka ialah sekutu-sekutu Allah dalam kalangan kamu. Demi sesungguhnya, telah putuslah perhubungan antara kamu (dengan mereka) dan hilang lenyaplah daripada kamu apa yang dahulu kamu anggap dan sifatkan (memberi faedah dan manfaat). (Al-Anaam, 6: 94)

"Dan sememangnya tiadalah bagi Iblis sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar beriman kepada hari akhirat dan siapa pula yang ragu-ragu terhadapnya. Dan (ingatlah) Tuhanmu sentiasa mengawal serta mengawasi tiap-tiap sesuatu." (Saba, 34: 21)

"(Mengapa mereka bersikap demikian?) dan mengapa mereka tidak melihat (dengan hati mereka) bahawa Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (sebagai cubaan adakah orang itu bersyukur atau sebaliknya) dan Dia juga yang menyempitkannya (sebagai ujian samada diterima dengan sabar atau tidak)? Sesungguhnya hal yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman." (Ar-Rum, 30: 37)

"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)." (Al-Baqara, 2: 214)

Semoga bermanfaat...


ƸӜƷ.¸¸¸.••..ƸӜƷ..••.¸¸¸.ƸӜƷ


♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥.

Prinsip ABC

A mbil yang baik

B uang yang buruk

C iptakan yang baru

Keep Istiqomah

Jika seorg ISTERI menangis ...

* Jika seorang isteri menangis dihadapanmu, itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi...


* Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..


* Jika kau membiarkannya pergi,dia tidak akan kembali menjadi dirinya yg dulu, selamanya!


* Seorang isteri tidak akan menangis dgn mudah, kecuali didepan org yg sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!


* Seorang isteri tidak akan menangis dng mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu, dia akan menurunkan rasa EGOnya.


* Wahai suami2,jika seorang isteri pernah menangis krnmu,tolong pegang tangannya dng penuh pengertian. Kerana dia adalah org yg akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau jatuh terlalu dalam ...


* Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jgn sia-siakannya.


* Mgkn, krn keputusanmu, kau merOsak kehidupannya.


* Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis krnmu. Lihatlah jauh kedlm matanya. Dptkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?


Pada hari penciptaan PEREMPUAN. MALAIKAT bertanya kepada TUHAN

" Apakah keistimewaan dari ciptaanMU ini ? "


Lalu TUHAN menjawab

"Ada banyak KEISTIMEWAAN yang dimiliki oleh ciptaanKU ini".. Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..


* TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..


* SENYUMAN'nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .


* PELUKAN & CIUMANnya mampu memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..


* Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..


* Dia TERHARU,Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya...


* Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN'nya. .


* Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN.., Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..


* TiTiSAN air matanya mampu membawa keDAMAIan.


Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn SATU perkara..."...Apa itu Ya TUHAN ??

Bahwa "Betapa, berHARGAnya dia"...


Sebarkan ini ke SELURUH ISTeRI2 yg soleha dan SUAMI2 yang sahabat semua kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTeRI mrk begitu berHARGA...


Semoga bermanfaat...

Nota Buat Sang Arjuna...


Nota untuk seorang lelaki yang pernah bertaktha di hati..

Saya telah mengembara ke hujung dunia, mencari cinta saya. Tapi pertama kali bertemu awak, hati saya terus terpaut... Demi tuhan, saya tak tahu kenapa. Tapi itulah kebenarannya..

Saya telah menolak cinta awak, tapi awak mencabar saya dengan kejujuran awak, awak tahu yang awak tidak bertepuk sebelah tangan. Dan, awak berjanji saya bukan salah seekor kupu-kupu perhiasan di dinding kamar awak....

Hanya dengan sebuah renungan, saya jatuh tersungkur ke penjuru mata awak.... saya tak dapat membohongi perasaan saya bahawa saya menyayangi awak.. Dan saat saya mencintai awak, saya jatuh ke dasar perasaan yg paling dalam... Lemas dan hampir tenggelam... dalam lautan kasih sayang, seribu impian, dan saya mula terpikir, saya mengembara ke hujung dunia, mencari awak, rupanya awak ada di sisi saya selama ini dan baru saya sedari tika dan saat itu...

Bagai merpati putih cinta saya berkelana mencari singgahsana di hati awak... nyata saya tak temuinya..... Tapi akhirnya, bila awak telah memiliki cinta saya... awak mencampakkannya jauh ke dasar laut yg tak mampu saya selam.... disana saya tak mampu melihat cahaya.. Awak beri saya harapan, dan akhirnya awak jugalah yg menyalakan api dan membakar saya dalam diam...

Saya sedih sangat, bila awak kata awak tak tahu apa yg sebenarnya awak cari.... Tapi jauh disudut hati ini saya merasakan awak masih belum cukup dewasa untuk memahami apa itu cinta dan mungkin tak akan pernah dewasa..... Atau mungkin juga.. awak belum pernah benar2 jatuh cinta pada seseorang... Jadi, selama ini siapa saya dihati awak...????

Adakah selama ini awak sebenarnya tidak pernah menyintai saya?

Siapa yg memujuk saya untuk membuka pintu hati?

Siapa yg mengajar saya,bahawa Cinta itu perlukan pengorbanan?

Siapa yg memberitahu saya agar sentiasa jujur pada perasaan sendiri??


awak.....

Awak mungkin jenis lelaki yg boleh menyintai ramai perempuan berkali-kali. Tapi saya pula seorang perempuan yg percaya bahawa dalam hidup saya hanya ada 1 lelaki, 1 cinta dan 1 perkhawinan....

Kita hidup sekali, mati sekali dan menyintai sekali.......

Melangkah pergi meninggalkan awak, telah mengambil seluruh kekuatan yg saya ada. Jangan anggap saya tinggalkan awak kerana saya bencikan awak. Jangan pernah menganggap..

Bagaimana harus saya bencikan awak, sedangkan setiap hari, saya merindui awak, biarpun pada ketika awak berada disisi saya... setiap saat saya mengingati awak... seumur hidup ini saya mencintai awak...

Awak...

Sebelum saya menghilang dari dunia awak, saya ingin menyatakan sesuatu, yang tak pernah awak tahu. Kalaulah awak bertanya pada saya, sedalam mana saya cintakan awak, inilah jawapan saya....

'Kalau suatu hari, awak kehilangan suara, saya akan memberi suara saya, agar awak dapat bersuara semula. Meskipun waktu itu, saya akan bisu buat selamanya....'

'Dan kalau suatu hari awak kehilangan hati, saya akan memberi hati saya agar awak dapat hidup untuk selama-lamanya, Meskipun waktu itu saya tiada lagi di dunia ini...(awak tak pernah tahu).

Semuanya untuk awak, tapi satu jer.. yg tidak akan awak dapat dari saya sebelum awak menikahi saya....

Seseorang pernah berkata,

'If you really love someone, then let that person go. If that person is meant for you, that person will come back to you eventually. But if that person does not, then that person was never meant for you, in the first place.....'

Awak.......

Kerana saya mencintai awaklah saya melangkah pergi, demi kebahagiaan awak.... saya berdoa supaya suatu hari nanti, awak akan temui apa yg awak cari.... Supaya suatu hari nanti awak akan memahami apa erti cinta yang sebenar... supaya suatu hari nanti, awak akan dapat mengetahui, bagaimana rasanya terlalu mencintai seseorang.... dan semoga awak takkan pernah terlewat untuk menghargainya.....

Awak.....

saya percaya pada tuhan yg mempertemukan kita, saya tahu ada hikmah disebalik semua ini.... dan saya tak akan menyoal... saya juga tak pernah kesal.... sekurang-kurangnya sepanjang mengenali awak, saya telah bersikap ikhlas dan jujur dengan perasaan saya.

Saya juga percaya, andai benar kita punya jodoh, awak akan kembali pada saya.... itu bukan harapan saya... tapi saya ingin belajar untuk pasrah pada ketentuan tuhan... Dan kalaupun awak takkan pernah kembali pada saya, saya percaya, mungkin itu yg terbaik...

Ikhlas:

Wanita Yang Pernah Menyayangimu Sepenuh Hati

Mencari Kesempurnaan?


sOmeTiMeS tHe bESt WaY To HoLd, OntO sOmEtHiNG Is To LEt iT GO

Jika kamu memancing ikan.... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga ........

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...

Setelah dia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....

Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....

Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatimu....

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar KEPERLUANmu... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu ISTIMEWA....

Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.


Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..

Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan MENYESAL.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar KESEMPURNAAN.

Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain.. Kamu juga yang akan MENYESAL...

JANGAN TERLALU MENCARI KESEMPURNAAN

Doa Seorang Kekasih ...


Ya Allah....

Seandainya telah engkau catatkan... Dia milikku tercipta buatku... Satukanlah hatinya dengan hatiku... Titipkanlah kebahagian antara kami.... agar kemesraan itu abadi...

Dan ya Allah... ya tuhanku yang maha mengasihi... Seiringkanlah kami melayari hidup ini... Ketepian yang sejahtera dan abadi...

Tetapi ya Allah... Seandainya telah engkau takdirkan.... dia bukan miliku... Bawalah ia jauh dari pandanganku.... Luputkanlah ia dari ingatanku... Dan peliharalah aku dari kekecewaan.... Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti.... Berikanlah aku kekuatan... Melontar bayangannya jauh ke dada langit... Hilang bersama senja nan merah.. agarku bisa bahagia... Walaupun tanpa bersama dengannya...

Dan ya Allah yang tercinta... Gantillah yang telah hilang.... Tumbuhkanlah kembali yang telah patah... Walaupun tidak sama dengan dirinya... Ya Allah ya tuhanku... Pasrahkanlah aku dengan takdirmu... Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan... Adalah yang terbaik buat ku.... kerana engkau maha mengetahui... Segala yang terbaik buat hamba Mu ini...

Ya Allah... Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku... Di dunia dan di akhirat... Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini... Jangan engkau biarkan aku sendirian... Di dunia ini mahupun di akhirat... Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran...

Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman... Supaya aku dan dia sama2 dapat membina Kesejahteraan hidup...

Hamba-Mu

Bajet Belanja Kawen ...

Upgrade Cara Berbual Anda ...

* Anda berada di stesen bas dan rakan anda ternampak sambil bertanya:
"Tunggu bas ke?"
Anda harus menjawab:
"Taklah aku tengah tunggu helikopter, lambat plak ari nie ye"


* Anda hendak pergi ke bilik mandi untuk mandi dan rakan sebilik anda bertanya:
"Ko nak mandi ke?"
Anda harus menjawab:
"Taklah aku nak pi main lelayang kejap, ko nak join?"


* Anda sedang menulis surat dan rakan anda menegur:
"Aik? tulis surat nampak?"
Anda harus menjawab:
"Oh ye ke? aku tak prasan ah...tangan aku bergerak sendiri"


* Anda sedang makan nasik dan orang tegur:
"Makan nasik?"
Anda harus menjawab:
Dgn nada yg lembut " Mata ko buta ke per? Kan aku tengah minum teh ais nie?"


* Anda baru pulang dari kerja dan jiran anda bertanyer:
"Baru balik dari keje?"
Anda harus menjawab:
"Taklah, saya dari rumah, nak pi keje lah nie...opis saya dah pindah kat rumah..dan rumah saya dah pindah kat opis"


* Anda sedang sibuk buat kerja dan rakan sepejabat menegur:
"Eh kau sibuk ke?"
Tak payah jawab:
Peratikan muker dia pastu kompang siket pipi dia.


* Anda sedang menonton tv ceriter melayu, rakan anda datang lalu bertanyer:
"Eh citer melayu ke?"
Anda harus menjawab:
"Bukanlah, nie kan citer Otromen Taro menentang Raksaser dari Planet X... ko tunggu jap nanti otromen kuar".


PLEASE DON'T TRY THIS AT HOME
- Terkena kang..

Untuk Dia - "Aku Lelaki Ego"

Dia terlalu sayangkan aku. Itu yang aku sangat pasti. Atas sebab itu aku rasa terlalu selesa kerana aku yakin dia tak kan meninggalkan aku. Dia sanggup mengetepikan kepentingan diri sebab nak menjaga hati aku. Sering aku biarkan dia memujuk dirinya sendiri bila dia merajuk. Buat apa aku nak pening-pening pujuk dia kalau dia sendiri akan kembali padaku dan meminta maaf atas keterlanjuran sikapnya sendiri. Sebarang perselisihan, dia yang akan mengalah dan dia akan menyalahkan dirinya sendiri walaupun jelas memang salahku.

Dia wanita yang rela berkorban apa sahaja kecuali satu,
dia tak mahu dirinya disentuh sebelum kami memiliki ikatan yang sah
. Dan atas sebab yang satu itu aku rasa dia perempuan yang membosankan. Nak pimpin tangan pun tak boleh. Apatah lagi nak peluk. Ada pun bergesel bahu itu pun sebab aku yang sengaja. Sampai satu tahap aku rasa dia sangat membosankan. Aku cemburu tengok kawan-kawan aku boleh pegang tangan awek diorang. Tapi aku? Bila aku cakap macam tu, dia cuma senyum dan cakap pada aku, “Belum tentu perempuan yang sentuh boyfriend dia tu sayang boyfriend dia lebih dari saya sayang awak… Belum tentu perempuan tu ada masa susah senang boyfriend dia macam saya ada untuk awak…”

Yang nyata, aku langsung tak setuju jawapan dia tu. Aku tengok pasangan lain bahagia, sudah tentu girlfriend kawan-kawan aku sayangkan mereka sebab girlfriend masing-masing membelai kawan-kawan aku dengan penuh kasih sayang. Tapi aku? Jangan harap. Balik-balik jawapan yang sama. Tunggu lepas kahwin. Aku bosan tahu tak! Sampai satu masa aku dah tak tahan lagi. Aku minta kami berpisah. Aku nampak air matanya berlinang tapi sikit pun aku tak rasa kasihan.

“Mungkin kita tak ada jodoh. Awak lelaki yang baik. Awak berhak dapat perempuan yang lebih baik. Saya nak awak janji dengan saya satu benda, untuk kali terakhir. Satu hari nanti bila awak jatuh cinta dan awak betul-betul sayangkan dia, hargai perempuan tu. Mudah-mudahan perempuan tu akan sayang awak, terima awak seadanya, hormati awak sebagai lelaki dan yang paling penting bahagiakan awak. Saya akan bahagia tengok awak bahagia,”
tu kata-kata terakhir dia untuk aku. Dia senyum walaupun air mata berlinang.

Argh! Tak habis-habis nak tunjuk mulia. Bosanlah dengan perempuan macam ni. Malas aku menghadap dia lama-lama. Cepat-cepat aku nak blah dari situ. Tiba-tiba ada bunyi hon dan sedar-sedar aku sudah tersungkur di seberang jalan. Satu dentuman yang kuat bergema dan aku lihat dia terbaring di hadapan sebuah kereta. Dia selamatkan aku! Lelaki yang dah menyakitinya! Darah membuak-buak keluar dari kepalanya. Ambulans datang dan membawa aku dan dia pergi.

Di hospital keadaan kelam kabut. Dia perlu dibedah segera kerana kecederaan teruk di kepala. Ramai kawan-kawan dan keluarganya turut ada sama. Aku tengok seorang wanita yang hampir sebaya ibuku menangis. Mungkin ibu dia. Mengalirnya air mata seorang ibu kerana aku. Rasa bersalah menimpa aku. Aku dah sakiti dia tapi dia rela berkorban nyawa untuk aku. Aku berdoa semoga dia selamat. Semoga aku sempat meminta maaf. Semoga masih ada ruang dalam hati dia untuk aku. Dia sangat baik. Aku tak mahu kehilangan dia. Dia ikhlas sayangkan aku.

Selepas beberapa jam pembedahan selesai. Dia berada di dalam ICU. Dia koma, tapi doktor kata dia masih mampu mendengar. Tiba-tiba seorang kawannya menghampiri aku. Kawannya menghulurkan sesuatu. “Aku rasa benda ni dia nak bagi pada kau,” hanya itu yang gadis itu ucapkan pada aku. Kawannya terus berlalu selepas itu. Pandangan kawannya pada aku penuh benci. Tahukan kawan dia tentang kejadian sebenar? Yang nyata aku tak pernah mahu berbaik dengan kawan-kawan dia. Pernah juga dia bersuara tentang hal itu tapi aku sekadar buat tak tahu.

Pulang sahaja aku buka bungkusan itu. Pasti hadiah untuk hari lahirku. Hari lahirku dua minggu lagi. Balutan kertas itu kubuka dan di dalamnya ada botol kaca berbentuk hati. Di dalam botol itu penuh dengan origami berbentuk bintang. Ada kad kecil berwarna biru kegemaranku. Aku sebak membaca bait-bait dalam kad itu.

“Dalam origami bintang ni ada kata-kata saya untuk awak. Awak buka setiap hari SATU sahaja. Mungkin saya tak dapat nak hubungi awak setiap hari sebab kesibukan kerja. Tapi, bila awak baca setiap hari, anggaplah setiap hari saya berhubung dengan awak. Saya nak awak tahu setiap masa awak ada dalam hati saya. Happy Birthday sayang…”


Aku buka botol kaca berbentuk hati itu dan kuambil satu bintang. Kubuka origami itu dan di dalamnya tertulis,
“Love is like a poisonous mushroom. You don’t know if it is the real thing until it is too late..”
Aku tersenyum sendiri. Aku buka lagi bintang yang seterusnya. Walaupun dia meletakkan syarat satu hari cuma satu. Di dalam semua origami itu penuh kata-kata semangatnya untuk aku dan suara cintanya yang ikhlas. Demi Allah, sepanjang aku bergelar lelaki dewasa, inilah pertama kali aku menangis semahunya. Air mata aku tak berhenti mengalir sepanjang membaca kata-kata dalam origami itu sehingga habis semuanya kubaca. Aku telah menyakiti seorang wanita yang luhur.

Aku melawatnya di hospital. Walaupun mukanya penuh calar, bibirnya pucat dan kepalanya berbalut, dia tetap cantik di mata aku. Dia bukanlah wanita yang memerlukan make up tebal kerana dia memiliki kecantikan asli. Atas sebab itu aku menghalangnya terlalu rapat dengan mana-mana lelaki kerana gusar jika ada yang tertarik. Dia sekadar menurut. Demi menjaga hati aku. Aku capai tangannya yang berselirat dengan pelbagai wayar yang aku pun tak tahu. Sejuk tapi betapa lembutnya tangannya. Pertama kali aku menyentuhnya.

Aku bisikkan ketelinganya,
“Sayang..saya datang… Cepatlah sedar. Saya rindukan awak. Saya banyak bersalah pada awak. Saya minta maaf,”
pertama kali aku minta maaf darinya. Tiba-tiba denyutan nadinya jadi tidak menentu. Aku panic.

“Hei, apa yang kau dah buat pada dia? Tak cukup kau sakiti kawan aku?” jerkahan kawannya mengejutkan aku. Doktor dan beberapa jururawat bergegas masuk dan aku diminta keluar.

Setiap hari aku berdoa supaya dia cepat sembuh, cepat sedar. Aku gusar sekiranya Allah mengambil nyawanya. Bukan aku tidak redha dengan ketentuan, aku sedar aku masih perlukan dia. Aku sayangkan dia. Genap dua minggu, aku mendapat berita dia sudah sedar. Aku bersyukur. Inilah hadiah hari lahir yang paling bermakna untuk aku. Dia juga sudah dipindahkan ke wad biasa. Aku mahu melawat dia. Aku rindu senyuman dia.

Aku mendapat panggilan telefon yang meminta aku mengambil tempahan. Namun kerana terlalu gelojoh, aku terlanggar botol kaca bentuk hati pemberian dia. Ah, semuanya akan aku uruskan nanti. Aku biarkan serpihan kaca bertaburan di lantai.

Tak sangka dia menempah kek khas untuk aku. Dia atas kek itu tertera bahagian belakang jersi pasukan bola sepak kegemaranku, Arsenal berserta namaku dan nombor kegemaranku. Aku senyum sendiri. Bahagianya aku.

“Abang bertuah. Girlfriend abang cakap dia tak tahu apa-apa fasal bola. Dia cuma tahu pasukan apa yang abang minat dan nombor yang abang suka. Sebab tu dia tempah kek ni khas untuk abang dan minta abang ambil sebab dia nak buat surprise. Dia cakap dia nak makan kek ni dengan abang. Kakak tu cantik, baik pulak tu. Abang kirim salam pada akak ya? Abang jaga akak tu elok-elok,” ramah gadis yang bekerja sebagai juruwang di kedai itu memberitahuku. Aku senyum sepanjang jalan ke hospital.

Sampai di hospital aku lihat dia sedang duduk di atas katil. Tiada sesiapa bersamanya. Dia sekadar termenung. Aku senyum padanya. Dia seakan terkejut melihat aku datang. Aku terfikir juga, boleh ke orang sakit makan kek? Tapi kan dia nak makan kek ni dengan aku.

“Sayang.. terima kasih kek ni. Saya happy sangat awak dah sedar. Adik cashier kedai tu kirim salam pada awak. Dia cakap awak nak makan kek ni dengan saya. Saya suapkan ya?” aku suakan sudu pada dia. Tapi sesuatu yang aku tak pernah duga, dia tepis tangan aku sampai sudu terpelanting ke lantai. Dia tak pernah kasar dengan aku. Dia selalu melayan aku dengan lembut. Aku pernah cuba pegang tangan dia pun dia tolak dengan baik. Mungkin dia terlalu terluka dengan aku.

“Baliklah. Saya makin sakit tengok awak. Bawak balik kek tu sekali. Saya tak nak tengok apa-apa berkaitan awak lagi,” pantas dia menarik selimut menutup muka. Aku terkedu sendiri. Dia tak mahu pandang aku lagi. Hati dia dah tertutup untuk aku. Dia tak pernah macam ni.

Selang beberapa hari, aku datang lagi tapi katil dia sudah kosong. Aku risau jika apa-apa yang buruk berlaku padanya. Dari jururawat aku tahu dia sudah dibenarkan pulang kerana keadaanya sudah stabil. Tapi yang mebuatkan jantung aku hampir gugur bila jururawat itu memberitahu dia masih menjalani rawatan susulan dan terapi kerana dia lumpuh. Dia lumpuh kerana aku!

Itu semua tiga tahun yang lalu. Sejak kejadian tu aku tak pernah jumpa dia lagi. Tahu apa-apa khabar berita pun tidak kerana aku memang tak pernah nak berbaik dengan kawan-kawannya. Walaupun sudah tiga tahun tapi aku masih merinduinya. Aku tak jumpa wanita yang mampu menyayangi aku lebih dari dia. Ah, panjangnya menung aku sampai nasi di hadapan mata sudah hampir dingin.

Baru aku hendak menyuap makanan ke dalam mulut, mataku terpaku pada satu wajah yang duduk selang beberapa meja dari aku. Dia? Aku pasti tu dia. Senyum dia masih sama. Tapi keadaan tidak lagi serupa. Dia sedang makan bersama lelaki lain. Sesekali aku lihat dia mengusap perutnya. Dia mengandung. Maknanya dia sudah kahwin. Dan aku lihat lelaki yang juga makan di sebelahnya mengusap-usap tangan dia. Pasti itu suaminya. Dan aku sedar aku tak setanding suaminya sebab lelaki itu kelihatan lebih serba-serbi dari aku. Air mataku rasa ingin mengalir. Senyuman mahal milik dia yang dulu cuma untuk aku kini khas buat lelaki lain.

Suaminya lelaki bertuah. Itu aku tak nafikan. Cuma suaminya yang dapat menyentuhnya. Cuma suaminya yang dapat melihat apa yang terlindung. Dan aku sangat pasti, cuma suaminya yang mendapat takhta paling agung dalam hatinya yang suci.

Dia seperti botol kaca berbentuk hati yang pernah diberikan padaku dulu. Botol itu sudah pecah, namun aku sudah ganti dengan yang baru. Yang sama tapi tak serupa. Botol yang lama dipilih oleh dia dan yang baru dipilih oleh aku. Walapun aku masih menyimpan serpihan kaca botol itu, bentuknya tak lagi sama macam dulu. Dan sangat mustahil untuk kembali seperti dulu.

Pesanan buat semua lelaki, hargailah wanita yang menyayangi kamu. Jangan jadi macam aku. Matanya sangat cantik tapi aku selalu biarkan dia mengalirkan air mata dengan perbuatanku. Hidungnya yang kecil dan comel selalu aku sesakkan dengan asap rokokku walaupun aku tahu dia tak suka dan asap rokok boleh buat dia sakit kepala. Bibirnya sangat indah tapi aku selalu biarkan bibir itu tersenyum paksa kerana mangalah dengan setiap kemahuanku. Telinganya aku tak pernah nampak, terlindung, tapi telinga itu sering aku biarkan menerima segala marahku. Hatinya sangat lembut, dan aku selalu toreh dengan belati tajam dan aku biarkan dia merawat sendiri luka itu.

Akhirnya, aku hanyalah lelaki ego yang tak memiliki apa-apa kerana dia sudah dimiliki orang lain.

Pabila dengki...

Jenis dengki dapat dikategorikan dalam diri manusia yer. Jadi, MJ ada merujuk pada satu entry nih dan MJ tertarik dengan entry tersebut. Jadi, MJ huraikan dengan kefahaman MJ tentang 4 jenis kategori dengki wujud dalam diri manusia.
Kategori dengki pertama ini ialah manusia yang tidak suka pada nikmat atau kelebihan yang ada pada insan lain dan beliau akan sedaya upaya berusaha dengan pelbagai cara seperti dengan memfitnah atau pun melakukan sesuatu perkara yang secara tidak langsung akan menghilangkan nikmat yang dimiliki orang yang didengkinya tersebut.

Kategori dengki yang kedua pula ialah manusia yang lebih kurang sama seperti kategori pertama tetapi bezanya disini ialah manusia yang mempunyai sifat dengki itu bukan sahaja cuba menghilangkan nikmat manusia yang didengkinya itu tetapi juga cuba untuk merampas nikmat tersebut untuk dirinya sendiri.

Kategori dengki yang ketiga ialah manusia yang mempunyai hasad dengki pada insan lain tetapi manusia jenis ini tidak cuba untuk merampas atau cuba menghilangkan nikmat atau kelebihan orang lain dengan ucapan mahupun perbuatan. Dengki untuk kategori ini tidaklah dikatakan berdosa tetapi dinasihatkan agar menghilangkan perasaan ini secepat dan seboleh mungkin kerana mungkin ia akan bertukar menjadi sifat negatif dan membiak penyakit hasad dengki di dalam diri kita.

Kategori dengki yang keempat pula ialah manusia yang mempunyai sifat dengki pada manusia lain tetapi manusia jenis ini tidak pernah cuba untuk melakukan apa - apa untuk merampas atau menghilangkan nikmat atau kelebihan insan terbabit tetapi manusia ini akan berusaha sehabis mungkin untuk mendapat atau merasakan nikmat dan kelebihan seperti yang insan itu miliki.

MJ tertarik untuk berkongsi jenis2 dengki ini kerana kadang2 MJ berasa pelik dengan manusia2 yang MJ pernah jumpa sama ada dalam kehidupan MJ sekarang mahupun di dunia maya. Adakalanya MJ terfikir kenapa perlu ada sifat dengki yang memberi aura negatif dalam diri kita?

Penyakit Perasan Bagus

Perasan bagus adalah satu sikap di mana dia berasa dia amat bagus dan terlalu menunjukkan yang dia amat bagus. Ada ada orang yang merasa dia sangat bagus dalam sesuatu, tapi lebih suka diam-diam.
Sikap merasa diri amat bagus dan perasan bagus adalah penghalang terbesar kepada kecemerlangan. Anda akan terhalang dari menjadi cukup kreatif, kemudian ia akan menjejaskan perhubungan Anda dengan orang sekeliling, kawan-kawan Anda, ahli keluarga mahupun dengan kekasih Anda.Sikap perasan bagus dikategorikan sebagai salah satu sikap negatif, kerana ia menjadikan Anda cenderung untuk memandang rendah pada orang lain. Kesannya dalam jangka masa panjang, sikap perasan bagus akan membuat Anda semakin tidak cemerlang, prestasi Anda terjejas dan emosi Anda jadi semakin rapuh, semakin down, down lalu terus down (er, bukan sindrom down!). usaha Anda menuju kejayaan semakin kurang berhasil walaupun Anda sudah bekerja keras, lebih ‘keras’ dari yang sebelumnya.Sikap perasan bagus tak boleh disimpan lama-lama. Sikap itu kena diubah, ditinggalkan secara bertahap. Buang sikap tu jauh-jauh. Kita tak boleh buang sekaligus, tapi kita boleh melatih diri untuk membuangnya langkah demi langkah.Untuk nak membuang sikap perasan bagus, latih diri Anda supaya suka belajar sepanjang masa. Pelajari sesuatu dari orang yang Anda lihat lebih mahir dari Anda dan jangan pernah merasa diri Anda sudah cukup bagus.Jangan terlalu cepat berpuas hati tapi teruskan belajar, belajar belajar benda baru dari apa saja sumber. Lama kelamaan Anda akan semakin bagus dalam apa yang Anda usahakan tanpa Anda menyedarinya. Anda akan semakin bagus, tahap kebagusan Anda akan terus meninggi, meninggi lalu semakin meninggi.Jika Anda student, Anda akan jadi student yang makin bagus. Jika Anda pekerja, Anda akan jadi pekerja yang semakin bagus. Jika Anda usahawan, Anda akan jadi usahawan yang semakin bagus, lebih bagus dari usahawan-usahawan seangkatan Anda!Mulai hari ini, buang sikap perasan bagus. Puji dan kagumi orang yang kerjanya bagus, perangainya bagus dan attitudenya bagus. Kemudian, cabar diri Anda untuk cuba atasi tahap kebagusan yang dipamerkan olehnya!Selamat Berjaya!

Busuk Hatinyer....

Satu persoalan: Kenapa Manusia Busuk Hati? Kenapa Tak Boleh Tengok Orang Senang Sikit? haihhh. Nak marah-marah kat blog nanti susah plaks. Bukan apa, MJ tak suke tunjukkan kemarahan kat blog. Nanti fOllOwer takut nak baca plak...

Sebenarnya MJ tengah ada masalah besar yang tak berapa besar la: Manusia Yang Tak Senang Tengok MJ Senang Hati. Manusia Yang Tak Senang Akan Kehadiran MJ! Manusia tersebut MJ nak gelar apa ek?

Man, Mus, Mas, Mia & Mel