Tudung Tudung!!!

Kali ni nk citer sal tudung...la ni tudung da byk benar pehsen nyer..ader tudung yg labuh ader tudung yg singkat ader tudung yang nampak rambut n xlupa gak ader tudung yang tutup o nampak tinga jer..paling best ader yang pakai tudung jer(haha..mendalam maknanyer tuh!)..huhuhu..tp x kurang gak yang bertutup elok..sepakej dgn tudung kan kan kan..tgok pun sejuk jer..Alhamdulillah kalu g2..tp ader yg pakai tudung tapi bahagian kain lain disingkat2kan..hah cam ner tuh?Pompuan skang nih ramaai yang bertudung..xsalah tapi ramai yg lebih mengikut pehsen artis lately..kalu yg macam dlm citer nur kasih tu ok gak la.paling tidak pun ader yg ngikut cara Wardina bertudung (huh sampai ader lak tudung pehsen nama "Tudung Wardina")...tapi kalu ikut gaya bertudung pelik2 tuh camner lak? contoh k..ni contoh jer..kang ader plak yg emOsi hehehe...

Cer teka tudung aper atas pale CT tuh?


Lokasi yg paling sinonim dgn golongan pompuan nih..terutama yg berkaitan dgn tudung la kan..(sbb topik kita ni pun citer sal tudung so of coz la destinasi pelancongan kita juga berkaitan dgn tudung) Tangkak...perghhh sebut jer nama destinasi nih meleleh air liur para gadis n seangkatan dengannya termasuk la Miz El (huahuahuahua, pecah rahsia)...purata kalu beli tudung ni paling tidak pun sowang dalam 10-15lai..yelah nak mecing dgn baju2 yg sedia ader n nak ganti tudung2 yg buruk sket2 tuh..(buruk sket jer..tapi membeli nyer..haishhh mcm lupa dunia)ditambah plak kalu ader sale..huh kalu kat opis Miz El tu..pehhh mesti da kecOhnyer..tambah plak kalu bOs2 xder..kOsong semua kusi2 kat opis tuh..da mcm dilanggar garuda alkesahnyer..panas bOntot memasing nak membeli tudung nih..tu lOm citer time da beli..balik Opis jer memasing mula arr nak menunjuk n mengompare..isk isk

Dato' Siti Syahrizat...(sowiey yer..sample yg sama)


Tapi ader gak gaya bertudung yg jarang2 kita leh tgOk tapi x mustahil utk kita tertengOk..cer tgOk yg nih...kalu la u ols nampak gaya bertudung gini kan..aper yg u ols nak komen ek?

Mencintai tidak bermakna memiliki...

...Cintailah seseorang kerana kekurangannya, kerana suatu saat nanti kamu akan bahagia dengan kelebihannya…dan jangan pernah mencintai seseorang dengan kelebihannya, kerana suatu saat nanti kamu pasti kecewa ketika kamu tahu kekurangannya...

Bagaimana hari anda berlalu hari-hari tanpa cinta? hidup ini tidak dapat lari dari cinta...indahnya cinta itu bila melihat orang yang kita sayangi bahagia walau bukan dengan kita.. Kerana cinta itu bukan mempunyai kekuatan untuk melangkah jauh melihat kebahagiaan si dia..

Namun di mana hendak kamu mencari satu kekuatan untuk membenarkan rasa yang tersimpan menjadi kenyataan.. Sejauh mana lagi hendak kamu sembunyikan selaut kasih itu sedangkan hari harimu meronta satu sudut dunia yang dirimu amat menyayang akan dirinya..

Kamu merasakan seolah kamu bahagia begini, hanya memandang dalam jauh.. Melihat dalam dalam di matanya menyembunyikan getaran yang tersimpan.. Jika takut berkata cinta, simpan saja hingga hilang akan dia.. Sesalan tiada gunanya jika hanya menunggu saat kehadirannya..

Memang menyakitkan hati pabila kita jatuh cinta pada seseorang itu dan cinta kita tidak diterima, di tolak hingga luka yang pedih terasa di lubuk hati.. Tetapi amat menyakitkan hati dan terus di dalam sesalan jika cinta akan seseorang namun tiada kekuatan diri menyatakan.. Kuatkan azam membentuk satu kisah antara kamu dan dia..

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan.

Kadang kala hati kita merasakan rindu sangat pada seseorang tetapi hati kita selalu berkata kata aku takut untuk meluahkannya.. Dan kerana rindu itu tiada bertepi.. Takut akan merubah segalanya yang indah.. Amat kita takut menghadapi igauan sedangkan kita sendiri dalam samar.. Mungkin nasib diri bertuah selangit cerah.. Dan mungkin saja diri amat malang, sedalam laut hitam..

Tiada manusia yang rugi pada sesuatu yang tidak pasti.. Dia mungkin bukan jodoh kita, kita bukan matahari buatnya.. Malam indah kita bukan untuknya dakap erat dan ucap salam sejahtera serta cinta.. Kita mungkin pernah hiaskan hatinya hanya kerana dia sunyi dan mahukan teman di kala bersendiri.

Dan ingin saja kita mahu keseorangan dan bersendirian dalam mengejar mimpi indah.. Namun hakikatnya kita dalam sepi menanggis kesunyian seolah tiada langsung manusia yang bersimpati.. Dan kita terus hanyut di dalam arus yang diam.. Mencari satu wajah yang akan memiliki sekeping hati ini..

Kadang orang berkata, adakah kita tiada rasa atau perasaan.. Seolah memandang hina akan diri kita.. Dalam menjejak mimpi yang dulu hilang.. Dan sebenarnya orang itu tidak tahu.. Kita masih ada harga diri yang tinggi.. Menanti nilai cinta suci dan bukan hanya semudah menerima sesiapa saja..

~~Saya windOO kat awak~~

Cerita Ilmiah...

Pagi itu pagi yang tenang...kerbau2 berkicauan, matahari tersenyum kiut miut...dan burung2 duk diam dalam suar..hhehehehe..angin pula bertiup seperti nak tak nak ditiup.. kejap laju kejap pelan...seawal pagi juga jiran bujang ku disebelah rumah sudah memulakan konsertnya..mcm nak beku darah dlm kepala aq..tapi aq cuba bersabar sambil mengunyah cuwinggam anak aq punya..hehehe...sory Al..
Boleh tahan sedap cuwinggam nih..lantas aq amek buku to do list aq n tulis kat situ..suh Al beli banyak lagi..senarai hutang dlm to do list aq da penuh..huhuhu..
Aq bangun dari tilam melangkah ke dapur..da tiga hari tak basuh pinggan dlm sinki..baru lah demokrasi namanyer..kihkihkih..bukan aper..aq jaga kelembutan tangan aq yg halus mulus nih..kang kasar kang komplen lak boipren aq..huhuhu..lagipun sejuk tau air sinki umah aq..disamping nak jimatkan bil air..
"lalink oooo lalink..." jerit aq manja memanggil boipren aq..panggil dlm skype jer pun hehehe..mcm real jer duk serumah..boipren aq tu keje hebat kena g ober the c jer..tu yg nak kena skype jer nih....
Suasana sepi..panggilan aq x bersahut...aq berasa hairan..
"Al ooo Al..." aq memanggil anak aq..satu-satunyer anak aq..pun x bersahut gak..aq mula gelabah..eh mana pergi anak aq nih..ahhhhh sudah...ini lah cabaran yg paling aq geruni..kehilangan anak aq..mcm2 bermain di kepala aq yg cerdik nih...
Habis seluruh umah aq geladah..bawah sofa..belakang pintu..bawah tv..belakang peti ais tapi x der..abih la aq kali ni..mana anak nih..?tuhan bantulah hamba mu ini..
Terus aq berlari..meluru ke dapur .. tanpa menyapa dgn lemah lembut..aq sergah mama aq.."mama mama nampak x Al?"..mama aq terkedu mcm ilang pedoman pun ada..pelepap!!! aduhhh aper salah aq?
"hang ni mengigau apa siang2 hari nih? anak hang kan p skolah...tua2 bangka pun duk mengigau lagi..."
Terus aq merafak sembah berundur kuar dr dapur..masuk semula ke bilik peraduan...sambil menahan sakit kena penampar yg entah keberapa..hehehehe..ngigau rupanyer..aq semak semula buku to do list aq...nak make sure ader x aq tulis sal suh Al beli cuwinggum tuh..kalu xder nak kena tulih takut kempunan lak aq nanti..pehhhhh

Ni la bOipren aq yang selalu duk skype dgn aq..hehehe..jgn jeles yer

Sekiranya...

Sekiranya kamu dapati diri mu menyintai seseorg yg tak membalas cintamu,jgnlah merasa tersisih. Tiada salahnya menyintai seseorg kerana cinta tak memilih utk singgah di hati seseorg.

Sekiranya kamu di cintai oleh seseorg yg tak kamu cintai, anggaplah ia satu penghormatan buat diri mu.. tapi kembali kan penghormatan tu dgn carayg ikhlas & jujur. Jgn amik kesempatan & jgnlah melukakan.

Sekiranya kita bercinta dgn seseorg yg begitu menyintai diri kita & tiba2 cinta memilih utk pergi,tiada siapa yg harusdi persalahkan… relakanlah cinta tue pergi. Kerana setiap yg berlaku ader maksud yg t’sembunyi & kita akan menyedari apabile masa silih berganti.

Ingatlah bahawa jgn terlalu memilih cinta. Kerana cinta sendiri akan memilih utk singgah di hati sesiapa. Kamu hanya perlu menerima kehadiran cinta dgn segala misteri di dlmnya apabila ia dtg mengetuk pintu hati mu. Cinta sentiasa & selamanya akan menjadi misteri. Bersyukurlah kerana ianya pernah singgah di hati mu.. cinta itu anehh.. :)

Thanks to my dear.... :)

Memang Allah sengaja....


Memang Allah sengaja….

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan…

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA, dan meninggalkan laranganNYA. . PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hamba-NYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA.. …..

Abah..pulangkan tangan Ita...

Miz El pernah baca kisah ini di salah sebuah majalah tempatan..xpasti tp rasanya mastika kot..da jumpa balik ni saja nak share dgn kengkawan...

Ini sebuah kisah - mengundang air mata siapa sahaja yang membacanya. Setiap kali membaca kisah nie mesti bergenang air mata. Walaupun manusia memang sering melakukan kesilapan…mungkin ada kesilapan yang dilakukan boleh dimaafkan atau diperbetulkan semula..dan mungkin juga ada kesilapan yang dilakukan bakal mengundang kekesalan yang tidak berpenghujungnya. Kerana itu Allah telah memberi akal kepada setiap manusia supaya boleh menilai menimbang dan berfikir sebaik-baiknya dalam melakukan sesuatu samada baik atau sebaliknya..terlajak perahu boleh diundur..terlajak perbuatan..sesal selamanya…

Kisah Si Kecil Ita…

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya….kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik.

Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, ‘Siapa punya kerja ni?’ Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. .Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.

Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan ‘Tak tahu… !”Saya tak tahu Tuan..!

”Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?’ herdik siisteri lagi.

Bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata ‘Ita buat ayahhh.. cantik kan !’ katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.

Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.

Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.

Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut .

Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik.

Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.Menangis teresak-esak keduanya, dalam bilik.Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air.

Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.

Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah mengadu. ‘Sapukan minyak gamat tu!’ balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.

Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. ‘Ita demam… ‘ jawap pembantunya ringkas. ‘Bagi minum panadol tu,’ balas si ibu.

Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. ‘Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap’ kata majikannya itu.

Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.

‘Tiada pilihan..’ katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk.

‘Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah’ kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan.

Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakanhabis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihatkedua- dua tangannya berbalut putih.

Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah.Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata…

‘Abah.. Mama… Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.’ katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

‘Ita juga sayang Kak Narti..’ katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis…. ‘Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,’ katanya bertalu-talu.

Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..

“Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram & marah anda….”

Sebaik selesai membaca..buat sekian kali.. airmata el menitis lagi.. alya, ibu sayang alya!

Man, Mus, Mas, Mia & Mel