Sah???


Di sebuah rumah, sepasang pengantin akan dinikahkan.Selepas pengantin lelaki menjawab lafaz nikahnya,tok kadi pun bertanya pada wali & 2 saksi pengantin:

Tok kadi: Sah?(sambil melihat wali)
Wali : Sah tok…
Tok kadi : Saksi ,sah?
Saksi : Sah..sah
Tok kadi : sah? (sambil melihat saksi 2)
Saksi 2: Err..saya tak berapa dengar dengan jelas, rasanya lontaran suara si pengantin tak begitu mantop...emmm,pitching die lari sikit,pengantin ni tak menghayati dengan baik…punchline tak smpai..orang tetunggu2 mane tapi takde…lagi 1 rupa ade tapi kalu suara tak bagus tak guna gak..cuba sekali lagi k..nice try…
Tok kadi : Haaaaa…???

p/s: Pengaruh Akademi Fantasia lebih sangat nih

Cerpen : Kisah Seram Selepas Kematian..


Hampir setiap malam adik dia diganggu oleh roh abang dia dalam mimpi. Jadi dia berjumpa seorang bomoh di hujung kampung. Bomoh tu berkata bahawa roh abang dia tak tenteram, banyak sangat benda yang dia rindu atau barang kepunyaan dia masa hidup.

Jadi nak bagi roh abang dia aman, bomoh mencadangkan dia buat patung atau barang replika diperbuat dari kertas dan bakar di pusara abang dia. Jadi banyaklah replika harta dibuat..kereta, isteri, wang, rumah, jam tangan, PS3 dan akhirnya handset mahal yang baru dibeli olehnya sebelum mati. Selepas dibakar adiknya tidur pada belah malam tidak lagi diganggu oleh roh abang. Tiba-tiba handset adik dia berbunyi..dapat mesej dari abang dia yang sudah tiada..agak berdebar-debar dibuatnya..tertulis pesanan ringkas lalu dibaca........................................

"ADIK, CHARGERNYER MANA?"

Syahdu Di Malam Pertama...



Cerita Pengantin Malam Pertama untuk pengantin baru yang bernama Ramli. Dalam keheningam malam penuh syahdu, Ramli masuk kekamar kerana mengantuk.(kemungkinan ada juga rasa yang lain - paham-paham je lah..pengantin baru!)
Dilihat isterinya sudah berselimut dari hujung rambut ke hujung kaki.
"Malu agaknya. Maklumlah malam pertama..." bisik hati ramli.
Dimatikanya lampu dan ia pun berbaring di katil. Dicelah-celah suara kodok menyeru pasangannya, terdengar suara isteri berbisik, penuh romantis, "Buah papaya dah masak ranum, bila tupai nak datang merasa ?"
"Dah, apa cerita ni ?" tanya ramli dlm hati. Separuh malam dia terbaring berfikir. "Oh, agaknya isteri ku teringat kampung halaman.. Sian.. sampai mengigau ? Takpelah, biarlah dia tidur" bisik hatinya penuh understanding.

Malam kedua adegan yang sama cuma dialognya agak berbeza. bisik isteri "Sawah bendang dah siap dibajak, bila pak tani nak turun menyemai?" "kesiannya bini aku.. masih ngigau lagi.. aku mesti cari penawar !" ramli bertekad. Esok harinya, ramli bercerita pada ayah yang kebetulan datang untuk bertanya khabar 'pengantin baru'. "Lah.." keluh ayah ramli, "aku hantar belajar sampai Uni, benda cam ni pun kau tak paham?"
Ayahnya pun mula bercerita perihal adam & hawa, laila & majnun, romeo & juliet...(yang relevan untuk pegantin baru je!) Sepatah cakap orang putih "about the birds & the bees".
"oh. cam tu." sengih ramli, "baru saya paham. Taulah apa nak buat malam ni!"

Malam yang sangat ditunggu-tunggu ramli pun tiba...adegan sama dikamar tidur. cuma kali ini isterinya membisu seribu bahasa. "lah.. nape pulak senyap. takkan dia give up" tertanya-tanya si ramli. Setelah sekian lama tanpa suara dari isteri, ramli pun berkata, "Dah lapar betul rasanya perut, boleh tupai datang merasa?"
Malam dingin semakin sunyi.. tak jawab pun... "Kain pelikat dak disinsing rapi, boleh pak tani turun menyemai ?" pun..masih takde jawapan... ramli mencuba lagi. "Juruterbang dah siap sedia...boleh pesawat turun mendarat ?"
Sayu sekali jawaban si isteri dari bawah selimut, "Maaf tuan... Landasannya baru saje banjir...!" Moral cerita: Pada kaum lelaki - Kalau nak naik pelamin, jangan tunggu sampai cukup bulan. Nanti dah datang bulan kan rugi sendiri..

Man, Mus, Mas, Mia & Mel